Sunday, December 12, 2010

Tips Cover malu =,=


Berikut adalah tips tips berkesan untuk cover malu

a. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi terus bangun separuh sedar dan buat-buat kena sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member anda akan panik dan berenti ketawakan anda.

b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali teruskan menganggap dia kenalah anda dan bagi dia duit kononnya anda pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku anda kenalannya.

c. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka jawab saja dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah biar rosak zip, jangan rosak akhlak.

d. Bercakap seorang diri kerana member ketinggalan kat belakang teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member anda tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka anda ada masalah mental kronik.

e. Tersilap masuk tandas wanita buat buat wajah gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan anda masuk kerana nak mencari isteri atau awek anda yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagi

No comments:

Post a Comment